Welcome


widgeo.net

Tuesday, 16 April 2013

Calon-Calon Barisan Nasional PRU 13 Parlimen-Parlimen Wilayah Persekutuan...

Berikut adalah senarai Calon-calon Barisan Nasional Wilayah Persekutuan untuk Pilihanraya Umum Ke 13 nanti...

01. P.114 : Datuk A. Chandrakumanan ( Kepong )

02. P.115 : Dr. Dominic Lau Hoe Chai ( Batu )

03. P.116 : Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah ( Wangsa Maju )

04. P.117 : Jayanthi Devi Balaguru ( Segambut )

05. P.118 : Datuk Ahmad Fauzi Zahari ( Setiawangsa )

06. P.119 : Datuk Johari Abdul Ghani ( Titiwangsa )

07. P.120 : Frankie Gan Joon Zin ( Bukit Bintang )

08. P.121 : Dato' Raja Nong Chik Dato' Raja Zainal Abidin ( Lembah Pantai )

09. P.122 : Nicole Wong Siaw Ting ( Seputeh )

10. P.123 : Teoh Chee hooi ( Cheras )

11. P.124 : Tan Kok Eng ( Bandar Tun Razak )

12. P.125 : Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ( Putrajaya )

13. P.126 : Rozman Isli ( Labuan )


Tidak kira siapa calon dan dimana bertanding, yang penting adalah Barisan Nasional tetap disokong demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini...

*** Aku Kata...

Lupakan semua sengketa atau ketidakpuasan hati kerana kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang diketuai oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak tau apa yang terbaik...



~ BARISAN NASIONAL TETAP RELEVAN DULU KINI DAN SELAMANYA ~


Monday, 15 April 2013

1 Lawan 3...

Seperti biasa Pakatan Parti Barisan Nasional yang SAH pendaftarannya akan 'berlawan' dengan Pakatan 3 Parti Politik yang selalu dan sememangnya berlainan arah tujuan yang lebih dikenali dengan panggilan "Pakatan Haram"...

Ini adalah kerana ketiga-tiga parti politik ini tidak berdaftar sebagai satu pakatan yang sah, cuma 'terikat' tanpa asas yang kukuh hanya untuk merosakkan perpaduan serta keharmonian berbilang bangsa di negara ini dan amat berlainan dengan kesepakatan yang ada dalam Barisan Nasional yang amat teguh dan jitu...

Kearah manakah negara ini akan dibawa jika pakatan 3 parti politik berlainan tujuan ini jika mereka memerintah negara sedangkan konflik dalaman serta peribadi kepimpinan mereka yang jelas buruk dan nyata telah "dinyatakan"...

Renung dan fikir-fikirkannya...


Apapun fikir dan pilihlah yang mana lebih relevan dan diperakui kepimpinannya...

*** Aku Kata...

Sendiri fikirlah samada nak terus dengan kenikmatan dan keharmonian dan ekonomi yang kukuh atau sebaliknya...Aku pilih BARISAN NASIONAL...

~ BARISAN NASIONAL TETAP RELEVAN DULU KINI DAN SELAMANYA ~



Monday, 1 April 2013

Campur Tangan Kuasa ~ "Tangan Asing"...


Memang ada "tangan-tangan asing" yang turut bersama menyusun strategi termasuk menyediakan Standard Operation Procedure (SOP) dan mengajar puak-puak komunis kt negara kita nih...

Jommm tengok ye :-


***Aku Kata...

Memang puak-puak komunis nih xsedor dek untung dapat hidup dan tinggal kt Malaysia nih, yang diorang tau nk menjahanamkan negara je...

~ BARISAN NASIONAL TETAP RELEVAN DULU KINI DAN SELAMANYA ~







Sunday, 31 March 2013

Lambang ~ Parti Politik ~ PRU

Assalamualaikum wbt...Salam Sejahtera...Salam 1Malaysia dan Selamat Berhujung Minggu...

Kali ni nk citer sikit pasal lambang-lambang yang digunapakai oleh Parti-parti Politik yang akan bertanding masa Pilihanraya Umum ke 13 nanti dan rasanya masih macam dulu juga dan tiada yang baru...

Umum mengetahui Barisan Nasional yang dianggotai oleh beberapa belas Parti Komponen (13 Parti Komponen) hanya menggunakan satu lambang sahaja dan ini menunjukkan komitmen yang tinggi untuk perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara ini dan dari perpaduan dan kesejahteraan inilah yang dapat meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara ke arah yang lebih stabil dan makmur...


Bayangkan semua parti komponen ini dapat duduk bersama dan mencapai kesepakatan yang jitu untuk bersama memimpin kerajaan dan tidak dinafikan ada pro dan kontra dalam setiap parti tetapi diatas kesepakatan yang sedia ada, ianya dapat diselesaikan dengan cara yang baik...

Berlainan pula dangan Parti Pakatan Rakyat tetapi hanya dianggotai oleh 3 parti politik yang secara terang-terangan berlainan arah tujuan tetapi sering salah satunya memperguna dan memper'kuda'kan satu sama lain. Dah lah cuma 3 parti sahaja tetapi kononnya mewakili majoriti rakyat (pakatan rakyat) negara berdaulat ini...Semuanya hanya retorik dan lakonan semata-mata...


Ini dapat dilihat apabila mereka langsung tiada lambang kesepakatan sepertimana Barisan Nasional yang menggunakan hanya satu lambang tetapi puak-puak Pakatan pula hanya menggunakan lambang parti masing-masing dan disini secara terang-terangnya menunjukkan KETIDAKSEPAKATAN mereka dan cuma berselindung disebalik senyuman yang semata-mata lakonan...

Kita semua tahu Barisan Nasional adalah sebuah pakatan yang berdaftar tetapi puak-puak pakatan rakyat ini adalah sebuah perkumpulan politik yang tidak pernah berdaftar sebagai satu perkongsian pertubuhan yang sah, sebab itu lah  mereka-mereka ini tidak mempunyai satu 'entiti' perjuangan dan hanya berjuang untuk diri masing-masing sahaja...

Kita semua telah mengecapi kehidupan yang makmur selama ini dibawah pemerintahan "rakyat' yang sebenar iaitu Barisan Nasional tetapi kita juga telah lihat caramana puak-puak pakatan rakyat (pakatan haram sebab tidak berdaftar) menghancurkan perpaduan dan keharmonian sedia ada hanya untuk berkuasa... Ini kah yang kita hendak generasi kita yang akan mewarisi negara yang kacau bilau nanti, IT IS NOT FOR ME...

Jadi, kita fikir-fikirkan lah, apa yang kita lakukan hari ini bukanlah untuk kita semata-mata tetapi untuk anak bangsa Malaysia yang akan datang supaya mereka dapat hidup dalam keadaan yang lebih harmoni lagi demi negara yang tercinta...

*** Aku Kata...

~ BARISAN NASIONAL TETAP RELEVEN DULU KINI DAN SELAMANYA ~







Tuesday, 12 February 2013

Sorotan Semasa - 'PAS' ~ Erti Perjuangan...


Assalamualaikum wbt...

Agak lama PCJ tidak mencoretkan apa-apa diruangan ini kerana agak sibuk dengan tugasan yang lain dan juga bukanlah menulis sepenuh masa...

Dengan apa yang berlaku diketika ini PCJ terpanggil untuk berkata-kata walaupun mungkin ianya hanya sekadar cerita lama akan tetapi ianya tetap 'panas' hingga sekarang ini...

Bercakap mengenai Negara Islam Parti Pas yang kini dah bertukar ke konsep Negara Kebajikan, hmmm agak mudah ianya ditukar, adakah ianya ditukar hanya semata-mata ingin berkongsi kuasa bersama sebuah parti lain yang sebelum ini ditentang habis-habisan. Timbul pula ertikata "menghalalkan cara demi matlamat/kuasa". Hanya kerana itukah ianya boleh bertukar. Pernah satu ketika dahulu Setiausaha Agung Parti Pas sendiri mengesahkan bahawa tidak ada satu pun didalam Perlembagaan Parti Pas yang akan menjadikan negara ini sebagai Negara Islam dan kata-kata beliau berserta gambar Buku Perlembagaan Parti Pas yang di terbitkan didalam akhbar rasmi Parti itu suatu masa dahulu, kini di sahkan pula oleh mantan Menteri Besar Perak yang mengesahkan perkara ini semasa beliau memegang jawatan Menteri Besar...

Beliau mengesahkan perkara ini bukannya dimana-mana dewan atau tempat-tempat ceramah tetapi didalam DUN Negeri Perak sendiri yang mana segala apa yang ditanya dan dijawab ada pencatit dan ada catatannya...

Cuba tengok klip ni walaupun dah lama tetapi PCJ rasa ianya masih releven kerana ianya berlaku seperti yang dikatakan tadi, didalam perbahasan DUN Negeri Perak itu sendiri. Jommm tengok dan perhatikan betul-betul...


Hmmm, kalau konsep Negara Islam dah bertukar, maknanya segala apa yang perlu dilaksanakan tentunya 'berkubur' sekali dengan konsep yang lama tetapi kenapa sampai sekarang pengikut-pengikut parti ini tetap melaung-laungkannya, adakah para pemimpin pengikut-pengikut ni dah pekak atau biarkan sahaja perkara ini berlaku...Hudud, Presiden Parti Pas juga telah mengesahkan bahawa Hukum ini hanya 0.001% je tetapi kenapa masih berlarutan isu ni...PCJ rasa isu ini hanya sandiwara pihak kepimpinan Parti Pas kerana mereka boleh sahaja menasihati pengikut-pengikut agar hentikan 'permainan' ini tetapi sendiri tengok lah ye, alangkan kata-kata Presiden ini sendiri pun masih dipegang kuat oleh majoriti pengikut parti ini...

Kalau betul hendak jadikan negara ini Negara Kebajikan, kebajikan apa pula yang mereka-mereka ini lakukan, rasanya tidak ada langsung tetapi yang selalu dan kerap dilakukan ialah merosakkan minda semua golongan umur supaya taksub kepada mereka...dalam gambar dibawah ini jelas menunjukkan apa yang telah mereka lakukan kepada minda pengikut-pengikut mereka, adakah ini salah satu daripada agenda konsep Negara Kebajikan mereka, kalau lah benar perbuatan seperti dalam gambar yang tertera ini adalah salah satu daripada agenda tersebut, cuba kita bayangkan kalau mereka ini "tidak berkebajikan", hmmm rasanya negara tercinta kita semua ini bakal hancur dan ketika itu apa yang hendak kita wariskan untuk generasi yang akan datang...Fikir-fikirkan bersama...



PCJ ingin mengajak semua termasuk diri sendiri agar kita mentarbiahkan diri masing-masing sebelum kita mentarbiah orang atau pihak lain kerana Parti Pas pernah berkata yang mereka akan mentarbiah ada sebuah parti itu tetapi apa yang berlaku adalah Parti Pas pula yang diperkuda dan dipergunakan dan nampaknya pemimpin-pemimpin serta para pengikut mereka ini bersetuju ditarbiahkan pula...

***
aku kata : 

Para Pemimpin Parti Pas ni bukannya Ulamak kerana sebagai seorang Ulamak tidak akan pernah mengubah apa-apa yang telah diperkatakan kerana ianya berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah...
Mereka-mereka ini hanyalah AHLI POLITIK SEPENUH MASA kerana mereka berkata-kata mengikut keperluan dan kepentingan mereka sendiri dan jika mereka merasakan telah tersilap, mereka dengan senang hati menyalahkan pihak yang lain pula...cam hampehhhhhh...


Wednesday, 12 December 2012

#JHEVBantuVeteran - Bantuan-Bantuan Untuk Warga Veteran ATM


Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.


JENIS-JENIS SKIM BANTUAN

Bantuan Sara Hidup
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan maksimum sekeluarga ialah RM300.00 sebulan.
  • Skim ini juga meliputi balu dan anak yatim piatu kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia...

Bantuan Persekolahan Bantuan Persekolahan JHEV
  • Bertujuan membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
  • Kadar bantuan adalah RM500.00/setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00/setahun bagi sekolah menengah.

Bantuan Peralatan Pesakit
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus kepada Veteran, isteri dan tanggungan untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam dan sebagainya.
  • Kadar bantuan maksimum RM5,000.00/sekaligus.
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan laporan/memo perubatan dari Pegawai Perubatan Kerajaan berkaitan peralatan yang diperlukan beserta dengan sebut harga dari pembekal.
  • Bagi tuntutan bayaran balik peralatan, pemohon hendaklah mengemukakan resit asal pembelian dan permohonan hendaklah dibuat tidak melebihi tempoh setahun dari tarikh pembelian alat berkenaan.

Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
  • Pemohon hanya layak menerima satu kali bantuan sahaja sama ada di peringkat  diploma dengan kadar RM1000 atau ijazah RM1500.

Bantuan Bencana Alam
  • Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan kesusahan, kerosakan kepada rumah kediaman yang dialami bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebaginya.
  • Kadar bantuan maksima adalah RM5000 atau 10% dari jumlah kerugian.
  • Permohonan mesti disokong dengan bukti/laporan rasmi pihak berkuasa seperti JKKK, penghulu, ADUN, polis atau bomba. 

sumber: JHEV

#JHEVBantuVeteran - Veteran ATM Terima Bantuan


Kementerian Pertahanan meminta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengkaji semula bantuan yang boleh diberi kepada pesara tentera yang tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kebanyakan veteran tidak berpencen terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahunke atas.

“…40 peratus iaitu kira-kira 70,000 daripada 175,000 ialah bekas pesara yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program pembangunan sosiekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak berpencen di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Justeru, Ahmad Zahid meminta Perhebat dan JHEV meneliti bentuk bantuan yangboleh diberi kepada golongan tersebut...

“Saya melihat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memikirkanbayaran sekali kepada veteran tidak berpencen, termasuk yang berumur 60 tahun keatas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata satu perbincangan akan dilakukan antarakementeriannya dan LTAT serta Kementerian Kewangan untuk mencari formula yangsesuai untuk melaksanakan bantuan itu.

Mengenai bantuan pinjaman kepada pesara tentera yang ingin memulakan perniagaan, Ahmad Zahid berkata mereka boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 dengan mengemukakan permohonan kepada Perhebat yang kemudiannya akandiusulkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun). 

“Kepada mereka yang ingin mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada,pinjaman juga boleh dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pinjaman itu adalah di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta oleh kerajaan kepada Perhebat di bawah Bajet 2012 bagi membantu veteran tentera merubah tahap kehidupan dan sosioekonomi mereka serta keluarga. - BERNAMA


MALAYSIA NEWS VETERAN ATM MENERIMA BANTUAN